Nasi Dagang

NASI DAGANG



    Nasi dagang ini merupakan makanan tradisi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tetapi pada dasarnya nasi dagang lebih terkenal di negeri Terengganunasi dagang ialah nasi yang dihidangkan dengan kuah yang dimasak pekat dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa) dan dimasak dengan cukup rasa masam masinnya. Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong- potong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dimasak bersama-sama santan kelapa .Beras dan beras pulut dimasak dengan cara dikukus dan digaulkan dengan santan. Nasi dagang bersama kuah mestilah dimakan bersama acar.


SEJARAH NASI DAGANG


contoh gambar orang Bugis yang berdagang di Terengganu

 Nasi dagang mempunyai berbagai sejarah tetapi ini salah satunya, lebih tepatnya ini mengikut cerita dari penduduk terengganu dahulu. Mengikut cerita orang tua-tua dulu, Nasi Dagang ni dicipta dari orang Bugis yang datang ke Pantai Timur untuk berdagang. Dah memang adat orang Melayu kan sediakan beberapa jenis juadah bila tiba Aidil Fitri, jadi orang zaman dahulu kala akan memasak dan membawa juadah-juadah tersebut ke istana. Atas dasar rasa tanggungjawab, orang Bugis yang berada di kalangan melayu di Pantai Timur juga turut membantu menyediakan hidangan istimewa untuk dihantar ke istana. Dikabarkan, Sultan amat suka akan masakan orang Bugis lalu Sultan menamakannya Nasi Dagang sempena mereka yang datang berdagang. Cerita Nasi Dagang ini dikatakan datang dari mulut orang-orang tua zaman dahulu kala yang diturunkan kepada setiap generasi. Jadi, hingga sekarang masih belum ada yang tahu ketepatan cerita-cerita pasal Nasi Dagang ni.   Tetapi pada hari ini  hidangan nasi dagang ini telah berevolusi dan turut dapat ditemui di negeri-negeri serta daerah lain di luar Terengganu dan Kelantan.


Resepi Nasi Dagang





Bahan-bahan untuk Nasi: –

  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 in halia

Cara memasak :

  1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
  2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
  3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh  santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
  4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
  5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
  6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
     

Gulai Ikan Aya :

  • Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
  • Jangan buang air rebusan
  • boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus

Bahan-bahan gulai :

  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1 hiris halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • Sedikit Belacan
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam

Cara-cara :

  1. Masak santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu  manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka.
  3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
  4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
  5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
  6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama

Acar Timun:-

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang

SEMUA dihiris memanjang

  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu cuka

Cara membuat:

1. Gaul sebati dan dihidang.



https://www.rasa.my/rindu-nasi-dagang-terengganu-boleh-buat-untuk-sarapan/

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN