Ambuyat
Ambuyat
Sejarah Ringkas Ambuyat
Ambuyat merupakan salah satu hidangan tradisi masyarakat di Sabah, dan dikenali sebagai linut di Sarawak. Resepi ambuyat agak senang kerana ia hanya diperbuat daripada bahan berkanji dan hanya dicampur dengan air sahaja. Ambuyat akan dimakan bersama sambal belacan atau pencicah, ada juga yang dimakan bersama sayur kangkung dan ikan goreng.
Ambuyat yang mempunyai warna yang putih dan tekstur yang seakan-akan gam.
Ciri-ciri dan Cara Pemakanan Ambuyat
Ambuyat mempunyai warna yang putih dan tekstur yang seakan-akan gam. Ianya sedikit melekit dan lebih selesa dimakan dengan menggunakan 'candas', sejenis chopstik tempatan. Ambuyat lebih enak dimakan semasa ianya masih panas serta dicecah dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah kari, kuah ikan rebus, kuah tempoyak dan kuah ikan. Kerana mempunyai rasa yang tawar, Ambuyat bergantung pada kuah dan kuah yang digunakan selalunya mempunyai rasa yang lebih hebat iaitu lebih masam dan pedas. Ambuyat juga tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan.
1. Resepi Ambuyat
Bahan-bahan ambuyat
- Tepung ubi
- Air
Cara buat ambuyat
- Untuk ambuyat, kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul.
- Panaskan api sederhana sehingga warna tepung bertukar menjadi jernih.
- Kacau sebati dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau kuah
Bahan-bahan kangkung
- Ikan bilis (goreng dan kisar kasar)
- Kangkung
- Kacang panjang
- Sardin (hancurkan)
- Bawang merah dan bawang putih (optional)
Comments
Post a Comment