Laksa Penang

Laksa Penang.

                                      BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan untuk direbus:
.1 kg ikan kembung
.5 keping asam keping
.Air secukupnya.

Bahan-bahan kisar (1):
.5 biji bawang merah
.1 biji bawang besar
.4 ulas bawang putih
.Cili padi, buang tangkai
.25 biji cili kering, buang biji dan rebus.

Bahan-bahan kisar (2):
.Isi ikan kembung
.Air rebusan ikan kembung
.Asam keping dari rebusan ikan.

Bahan-bahan kisar (3):
.Tulang ikan kembung
sedikit air.

Bahan-bahan kisar (4):
.1/2 biji nenas
.Sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah:
 Air
bahan-bahan kisar 1,2,3,4 (seperti di atas)
1/2 mangkuk air asam jawa
1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
1, ikat daun kesum
seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
2 sudu besar petis
garam secukup rasa
1 ketul kecil gula melaka, secukup rasa.
Kemudian tunggu sehingga kuah laksa mendidih.
Dan siap kuah laksa.

Bahan-bahan untuk laksa:
1 pek laksa kering
air secukupnya.

Bahan-bahan untuk taburan atas laksa penang:
.Daun salad
.Daun selom
.Timun
.Bawang besar
.Cili padi
.Limau nipas
.Nenes
.Telur rebus
.Daum pudina
Asal usul laksa

Asal usul laksa bermula ketika China pertama kali mengunjungi dan berdagang dengan penduduk setempat di Kepulauan Melayu pada awal abad ke-15. Perkahwinan antara orang China dengan penduduk setempat telah mencipta satu komuniti yang menarik yang dikenali sebagai Peranakan.

Telah dikatakan bahawa para isteri pedagang-pedagang ini mulai menambahkan perisa mereka sendiri dalam sup tradisional China, kemudian lahirlah laksa.

Nama ‘laksa’ sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta laksa.

Variasi laksa di Malaysia
Setiap jenis laksa mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara laksa yang terkenal di Malaysia merupakan Laksa Penang. Laksa Penang pernah dinobatkan kedudukan ketujuh dalam 50 Makanan Terbaik Dunia oleh CNN.


Laksa Penang disajikan dengan hirisan timun, daun salad, telur, dan dihidangkan dengan kuah isi ikan memberikan gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan makanan ini menarik minat penggemar laksa dan juga pelancong luar.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN