Asam pedas
Asam pedas ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (terutamanya di Melaka dan Johor).
Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.
Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam pedas yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.
Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.
RESEPI ASAM PEDAS
Bahan-bahan
- Kunyit hidup*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Belacan melaka*
- Cili kering*
- Daun limau (boleh guna daun kesum, bunga kantan atau serai ikut selera)
- Air asam jawa
- Bahan hiasan (bendi/tomato/terung)
Cara-cara :
- Kisar bahan bertanda (*) sampai halus mulus, baru kuah jadi cantik. Sukatan agak-agak saja, kalau masak banyak lebihkan bahan.
- Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak. Lebihkan minyak supaya cili cukup masak dan cantik berminyak (bila dah siap masak, minyak boleh buang). Letakkan serai jika suka.
- Bila dah pecah minyak dan cili dah masak, masukkan pula air asam jawa (jangan banyak sangat, agak-agak saja). Letak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
- Biarkan sampai mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan atau daun limau jika mahu.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya (tak letak gula). Biarkan lagi sehingga mendidih dan ikan masak.
- Akhir sekali masukkan bahan hiasan seperti sayur bendi, tomato atau terung. Biarkan sekejap dan siap!
Comments
Post a Comment