PENGENALAN
Blog ini menceritakan tentang makanan tradisional bagi 4 buah negeri iaitu dari Utara ialah negeri Pulau Pinang. Seterusnya dari Pantai Timur iaitu negeri Terengganu. Selain itu, dari Pantai Barat iaitu negeri Melaka dan dari Semenanjung iaitu negeri Sarawak. Makanan tradisional melambangkan m akanan yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa sendiri dan ada sesetengah makanan tradisional Malaysia yang terkenal di negara lain. Oleh sebab itu Malaysia merupakan salah satu negara yang digelar "Syurga Makanan" kerana terdapat pelbagai makanan yang unik yang tiada di negara lain. Makanan tradisional dikenali dari zaman terdahulu yang mula berkembang dari zaman seawal tahun 1400-an terdahulu.Pelbagai jenis makanan tradisional seperti asam pedas,lontong.laksa dan ambuyat. Setiap negeri mempunyai makanan tradisional yang tersendiri.